ANUGERAH DAN LAIN-LAIN KEJAYAAN GIATMARA

  1. Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam 1992.

  2. Anugerah Inovasi Khas oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (UPP), Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1992.

  3. Penghargaan Syarikat-syarikat terhadap prestasi Bekas Pelatih GIATMARA (1993).

  4. Pemenang Pertama - Pameran Pertandingan Johan Kemahiran Kebangsaan 1993.

  5. Anugerah Agensi/Institut Latihan Terbaik 1995 - Kategori Belia di Pertandingan Johan Kemahiran Kebangsaan Malaysia Ke Enam.

  6. Seorang pelatih GIATMARA mewakili Malaysia di International Youth Skills Olympic (IYSO) di Lyons, France (Julai 1995).

  7. Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri bagi Institut Latihan Kemahiran terbaik di Malaysia 1996.

  8. Program GIATMARA telah dipilih oleh Kerajaan (Jabatan Perdana Menteri) untuk mewakili komtijen Malaysia dalam Program Asean/Japan di Kambodia (MAC 1994- Mac 1997, Mac 1998- Mei 1998 & Mac 1999 hingga sekarang).

  9. Tiga peserta GIATMARA mewakili Malaysia dalam Pertandingan "The 2nd Asean Skills " di Manila, Filipina pada 10 - 17 Dis 1995.

  10. Program GIATMARA telah dipilih oleh kabinet untuk melatih seramai 96 orang pelatih Namibia di tapak Akedemik Binaan Malaysia di Bukit Beruntung, Hulu Selangor selama 6 bulan dalam bidang Teknologi Bangunan dengan menggunakan kaedah GIATMARA Mobile Concept - Insitu Skills Training (Okt - Apr 1997).

  11. Lima peserta GIATMARA telah dicalonkan untuk pemilihan akhir International Youth Skills Olympic (IYSO) di St.Galeri,Switzerland (Julai 1997).

  12. Tempat PERTAMA Peratusan Kejayaan dalam Pertandingan Johan Kemahiran Malaysia Ke Lapan 1997 (Ogos 1997).

  13. Naib Johan bagi Institut Latihan Terbaik dalam Pertandingan Johan Kemahiran Malaysia Ke Lapan 1997 (Ogos 1997).

  14. Tempat PERTAMA Anugerah Syarikat/Latihan Terbaik Anjuran Unit Kualiti Bahagian Perkhidmatan Perjawatan MARA Tahun 1997 (Okt 1997).

TERKINI

  1. Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri Institusi/Agensi Latihan Terbaik Pertandingan Johan Kemahiran Malaysia Ke Sembilan (9 Ogos - 13 Ogos 1998).

  2. GIATMARA telah mendapat tempat PERTAMA dalam 2 kategori daripada 3 kategori yang dipertandingkan dalam PERTANDINGAN REKACIPTA KEMAHIRAN MARA 1998. Iaitu JOHAN dalam kategori MEKANIKAL & ELEKTRIK dan JOHAN dalam kategori ELEKTRO MEKANIKAL.

  3. Tiga pelatih GIATMARA telah berjaya melayakkan diri ke Pertandingan "The 35th World Skill Competition" pada 7 hingga 18 November 1999 di Montreal, Canada dalam bidang Ladies Dressmaking, Electronic Application dan Commercial Wiring.