PROGRAM SYARIKAT GIATMARA

  1. Program GIATMARA dilaksanakan sebagai suatu usaha yang cepat ke arah menambah bilangan tenaga mahir yang diperlukan oleh negara dalam sektor perindustrian sejajar dengan pembangunan yang pesat khasnya di luar bandar dan juga di kawasan separa bandar.

  2. Kursus-kursus yang diadakan juga adalah sesuai dengan keperluan semasa dan berperanan lebih rapat dengan masyarakat serta boleh disesuaikan mengikut tahap dan jenis keperluan tenaga kerja.

  3. Dengan ini, pelatih keluaran Pusat GIATMARA akan dapat mempertingkatkan taraf sosio-ekonominya apabila kemahiran yang diperolehinya digunakan untuk menggalakkan sesuatu aktiviti ekonomi sebagai perangsang yang akan mencetuskan berbagai kesan gandaan kepada masyarakat tempatan.

  4. Di samping membekal tenaga mahir tempatan, pelatih-pelatih juga boleh dibentuk menjadi usahawan dipersekitaran yang berpotensi kerana mereka ini mempunyai kebolehan dalam aspek teknikal.

  5. Pusat GIATMARA juga boleh memberi kemudahan latihan kepada kumpulan sasaran berikut:

  6. Program GIATMARA ini juga merupakan satu usaha ke arah membantu menyelesaikan masalah penghijrahan belia-belia ke bandar dan mengurangkan jumlah pengangguran di kalangan masyarkat tempatan serta mengurangkan jumlah peratusan belia-belia terjebak dalam masalah sosial seperti penagih dadah, jenayah dan sebagainya.

  7. Oleh kerana GIATMARA ditubuhkan di persekitaran daerah luar bandar maka pelatih masih berdekatan dengan keluarga. Dengan ini, nilai dan budaya kekeluargaan masih kekal pada setiap pelatih. Ini adalah selaras dengan saranan YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia supaya masyarakat mempunyai nilai sosial dan kewibawaan, maruah bangsa serta berkeyakinan (Berita Harian - 2 Mac 1991).

  8. Konsep latihan serta kandungan kurikulum di GIATMARA adalah ‘flexible’ dan boleh diubahsuai mengikut tahap, jenis dan keperluan semasa.

  9. Latihan di GIATMARA juga berunsur berterusan (life long) yang mana walaupun latihan selama 6 hingga 12 bulan, pelatih masih boleh mendapat bimbingan teknikal dan kaunseling bila-bila masa, kerana mereka bekerja/berniaga dalam daerah berdekatan dengan Pusat GIATMARA.

  10. Penyertaan penduduk tempatan dalam pembangunan industri tempatan boleh diceburi melalui GIATMARA. Jika tiada latihan kemahiran, pembangunan di tempat sendiri lama kelamaan pelung pekerjaan yang akan dinikmati oleh orang luar contohnya dari Indonesia, Bangladesh, Philipines dan sebagainya.

  11. GIATMARA juga boleh dijadikan sebuah agensi untuk membentuk generasi masa hadapan ke arah beerpengetahuan teknikal dan etika kerja berdisiplin dengan adanya agensi-agensi Biro Tatanegara, Jabatan Agama dan lain-lain.

  12. Untuk membantu malaksanakan program Masyarkat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB), GIATMARA boleh menjadi perantaraan sebagai agen perhubungan untuk menyatukan tenaga di kalangan lepasan-lepasan pelatih Pusat GIATMARA dan lain-lain Bumiputera ke arah menjadi Masyarakat Bumiputera sebagai Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

  13. GIATMARA telah mewujudkan program Inkubator di persekitaran semua Pusat GIATMARA di mana lepasan pelatih yang berpotensi untuk menjadi usahawan ditempatkan di Inkubator tersebut dan diberi bantuan khidmat nasihat berterusan dan peralatan sehingga mereka berkeyakinan untuk memulakan perniagaan sendiri. Sehingga kini 931 buah syarikat telah diwujudkan. Mereka aktif dalam perniagaan dan sentiasa mendapat bimbingan berterusan dari GIATMARA di seluruh negarra dalam berbagai bidang teknikal.

  14. GIATMARA telah mengatur peraancangan program dalam latihan kemahiran agar seiring dengan keperluan industri dan gunatenaga mengikut perkembangan teknologi dengan cara penglibatan GIATMARA secara terus menerus dengan industri tempatan, kerajaan tempatan, pemimpin-pemimpin masyarakat dan lain-lain. Pihak industri tempatan seperti Master Carriage, Pekan Pahang, Produa, MAS dan Air-Rod telah pun menerima pekerja lepasan GIATMARA dan prestasi kerja mereka memenuhi kualiti yang telah ditetapkan. Sehingga hari ini hubungan dua hala masih berterusan dengan baik.

  15. Dari segi sosio-politik tempatan, struktur penduduk dapat dikekalkan malahan mungkin bertambah kerana kekurangan penghijrahan dengan adanya kemudahan daripada GIATMARA. Komuniti berkemahiran dan perniagaan dapat terus bergerak cergas bersama GIATMARA, terutamanya dalam memahami dasar-dasar kerajaan di masa kini dan bersikap positif.

  16. Program latihan GIATMARA juga diadakan di kampung-kampung yang berjauhan dari Pusat Latihan. Mesin-mesin serta tenaga pengajar dibawa ke kampung yang dikenalpasti. Melalui program ini ramai penduduk tempatan khasnya kaum wanita mendapat latihan dalam bidang teknikal. Kemahiran yang diperolehi digunakan terus untuk menambah pendapatan harian yang mana kesan positif dikalangan penduduk amat membanggakan.

  17. GIATMARA ditubuhkan dengan menggunakan bangunan-bangunan kerajaan yang terbiar dan tidak digunakan atau bangunan mudah alih. Pengubahsuaian bangunan dapat dibuat tanpa melibatkan kos yang tinggi. Ubahsuai bangunan Pusat GIATMARA biasanya rendah kerana kebanyakkannya dibuat sendiri oleh pelatih GIATMARA. Manakala pembinaan institusi-institusi latihan oleh agen lain di negeri ini biasanya menelan belanja berpuluh atau beratus juta ringgit.

  18. GIATMARA mendapat kerjasama dengan penduduk tempatan dan biasanya program latihan boleh dijalankan dengan segera. Kadangkala gotong-royong mendirikan bangunan Pusat GIATMARA diadakan bersama penduduk tempatan.

  19. Isu kumpulan rakayat termiskin telah dibangkitkan di Jabatan Perdana Menteri. GIATMARA telah diminta untuk bekerjasama dalam Program Pembasmian Rakyat Termiskin (PPRT) dengan memberi latihan khas kepada kumpulan rakyat termiskin dalam bidang teknikal dan keusahawanan.

  20. Kebanyakkan kampung-kampung di luar bandar berhampiran Pusat GIATMARA ternyata kekurangan agensi yang boleh memberi khidmat teknikal kepada masyarakat. GIATMARA telah melibatkan diri sendiri langsung dalam membantu masyarakat tempatan dengan memberi segala khidmat yang mungkin terutamanya dalam hal-hal teknikal termasuk memebaiki alat peralatan rumah, jentera, peralatan pertanian dan sebagainya.

  21. Konsep memajukan masyarakat di daerah dan kampung-kampung yang mana usahawan yang memajukan barangan pembuatan ala satu kampung satu produk dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan melalui program latihan daripada GIATMARA.

  22. Kerjasama dan penglibatan lain-lain agensi untuk memajukan sesuatu kumpulan masyarakat secara menyeluruh telah dilaksanakan antaranya termasuklah:

  23. Saranan YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia terdahulu untuk menjadikan bidang pelajaran dan latihan sebagai satu komoditi. GIATMARA Sdn. Bhd. Telah mengambil inisiatif membantu Kerajaan Malaysia (mewakili Malaysia) dalam program kerjasama ASEAN-JAPAN beroperasi di Cambodia. Program ini telah bermula pada tahun 1994, di mana dalam tempoh 4 tahun, 4 kumpulan telah dihantar berturut-turut untuk menjayakan program tersebut. Kumpulan ke 5 yang terdiri daripada 8 orang Tenaga Pengajar telah bertolak ke Cambodia pada 1 Feb. 1999. Sehingga kini GIATMARA telah melatih seramai 1,740 rakyat Cambodia.

  24. Wawasan 2020 mengharapkan negara Malaysia menjadi sebuah Negara Perindustrian Baru (New Industrial Nation – NIC). Bagi satu pihak yang lain, masyarakat bumiputera di semua peringkat di luar bidang teknikal, teknologi komputer, information technology, hi-tech dan sebagainya.

    Maka sehingga kini Syarikat GIATMARA Sdn. Bhd. Sahaja yang mampu memainkan peranan dalam penyebaran pengetahuan melalui latihan di Pusat GIATMARA seluruh negara.

    Pengurusan GIATMARA sentiasa pro-aktif dan kreatif ke arah menangani cabaran wawasan negara sepertimana dikehendaki oleh pemimpin.

    Akhir kata, program GIATMARA yang telah, sedang dan akan diatur boleh menjadi pemangkin serta salah satu agen pelaksanaan yang aktif ke arah mendukong cita-cita pemimpin negara