Objektif
Memberi pengetahuan dan latihan teknikal kepada kepada masyarakat luarbandar dalam bidang
yang bersesuaian dengan keperluan tempatan agar segala pengetahuan dan pengalaman itu dapat
digunakan terus untuk meninggikan taraf hidup mereka melalui pengujudan usaha niaga dan
peluang pekerjaan.
Sasaran
- Mereka yang belum pernah mendapat latihan kemahiran bagi tujuan mendapat
kerja dan berusaha sendiri.
- Mereka yang hilang pekerjaan dan terpaksa mencari pekerjaan baru.
- Mereka yang ingin menambah pengetahuan kemahiran untuk kemajuan kerjaya.
- Mereka yang sedang bekerja dan memerlukan peningkatan tahap kemahiran dalam
jurusan yang diceburi.
Kelayakan
Berikut adalah kelayakan untuk mengikuti latihan di Pusat GIAT:
- Bumiputera
- Penduduk Tempatan.
- Berumur di antara 15 hingga 40 tahun pada tarikh permohonan.
- Boleh menulis, membaca dan mengira.
- Sihat tubuh badan dan tidak cacat.
- Minat dalam bidang yang dipilih.
Kursus-Kursus
Setakat ini 26 jenis kursus ketukangan mempunyai potensi dijalankan di Pusat-pusat GIAT berikut:
- Membaiki Motosikal
- Teknologi Automatif Kenderaan Komersil
- Membuat Kusyen Perabut dan Kereta
- Mengetuk dan Mengecat Kereta
- Membuat Perabut Kayu
- Membuat Barangan Fibre Glass
- Binaan (BatuBata)
- Binaan (Tukang Kayu)
- Binaan (Ubin)
- Penyejuk Bekuan dan Penyaman Udara
- Membaiki Radio Tv dan Video
- Memasang Paip Domestik
- Pendawaian Elektrik Domestik
- Membaiki Enjin Bot
- Membaiki Alat Letrik Rumah.
- Fabrikasi Logam
- Mekanik Komputer
- Teknologi Percetakan.
- Tooltronic.
- Membuat Perabut Rotan
- Teknologi Fabrik
- Teknologi Bangunan
- Industrial Maintenance
- Mekanik Am
- Teknologi Simen Kraf
- Membuat Pakaian
Kemudahan Semasa Latihan
Berbagai kemudahan disediakan oleh pihak pusat GIAT untuk anda mengikuti latihan
sekiranya anda bersungguh serta berdisiplin yang baik anda akan diberi kemudahan berikut:
- Latihan .
- Elaun bulanan (kepada sepenuh masa sahaja).
- Kemudahan menggunakan semua peralatan dan mesin-mesin.
- Kemudahan rekreasi dan sukan.
- Sijil Kehadiran Kursus Pusat GIAT untuk yang layak.
- Kemudahan bimbingan kerjaya setelah anda tamat.
Anda juga berpeluang berjumpa dengan kawan-kawan baru yang munkin boleh sasa-sama
membawa anda kearah kejayaan dalam bidang kemahiran.
Tempat tinggal tidak disediakan, walau bagaimanapun anda boleh berhubung dengan
Pengurus Pusat GIAT untuk mendapatkan nasihat.
Tempoh Kursus
Jangkamasa kursus adalah diantara 6 bulan hingga 1 tahun
mengikut bidang kursus yang ditawarkan dan pengambilan
dibuat 2 kali setiap tahun.
Cara-cara Memohon
Datang sendiri atau menulis surat kepada mana-mana tempat berikut
yang berdekatan dengan tempat tinggal anda:
- Pusat GIAT berhampiran
- Pejabat MARA Daerah
- Pejabat MARA Negeri
Keterangan lanjut mengenai kursus boleh diperolehi dari semua
pusat-pusat GIAT dan Pejabat MARA yang berdekatan atau dari
Ketua Eksekutif
GIATMARA Sdn Bhd
Tingkat 4, Bangunana Medan MARA
Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
Tel: 03-2915111 samb. 3484/3485/3463
Pergi kesebelah atas dokumen..
Lagu-lagu ...sila klik :
Hello |
Love Story |
Kaulah Segalanya |
Hati yang Terluka |
Putus Sudah ....
Aku Cinta .. |
Angin Malam |
My All (668KB) |
Honey (647KB) |
Only You ... |
Jeritan Batinku |
Suci Dalam Debu |
Tacit... |
Getaran Jiwa |
Seruling Gembala |
Mawar |
Perwiraku
Buku Pelawat .. Sila klik :
Buku Pelawat
Email : mampir@tm.net.my